Monday, July 18, 2011

PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (PENDEDAHAN BISING) 1989

PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA
(PENDEDAHAN BISING) 1989

Maklumat Lanjut boleh hubungi 
JALADI MUDA
03-78465188@contact@istiq.net
ISTIQ Noise Control Sdn Bhd
www.istiq.com.my

a.                   Pendahuluan

Pendedahan kepada kebisingan boleh menyebabkan berbagai-bagai kemudaratan kesihatan seperti kurang pendengaran yang sementara atau kurang pendengaran yang kekal dan penyakit-penyakit lain.  Penyakit kurang pendengaran ini meningkat secara perlahan dan tidak boleh diubati.  Banyak persekitaran tempat kerja yang bising seperti di kuari, kilang kain, foundri, kilang-kilang besi, kilang perusahaan berat dan lain-lain.

Bahagian higen industri di Jabatan Kilang dan Jentera (kini Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) telah melakukan satu kajian audiometri terhadap 54,000 orang pekerja kilang di Lembah Klang dan tahun 1983 hingga 1988.  Daripada kajian itu didapati lebih 70% pekerja telah terdedah kepda paras kebisingan melebihi 90 dB(A) selama 8 jam sehari.  Manakala 40% pekerja ini didapati mengalami kecacatan pendengaran.  Kebanyak pekerja yang terdedah kepada kebisingan ini berumur di antara 26 – 28 tahun.

Kesan buruk daripada pendedahan kebisingan merupakan masalah yang utama di dalam industri dan mempunyai kesanan dari segi ekonomi dan produktiviti negara.

b.                  Pendekatan Peraturan

Untuk menangani masalah akibat kebisingan di tempat kerja Jabatan Kilang dan Jentera telah membentuk satu peraturan.

            Objektif daripada peraturan ini ialah untuk:

2.                  mencegah terjadinya penyakit akibat daripada kesan buruk kebisingan.
3.                  Menjadi panduan undang-undang untuk mengekalkan pendengaran pekerja di dalam keadaan baik.

Dua perkara utama yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat di atas ialah:

4.                  semua jentera atau proses di tempat kerja tidak bising.
5.                  Pendedahan kebisingan kepada pekerja tidak melebihi paras yang dibenarkan.

Pendekatan pertama sukar dilakukan kerana teknologi di Malaysia sekarang tidak dapat menghasilkan mesin yang senyap.

Pendekatan kedua lebih praktik.  Ia memerlukan kerjasama dari pekerja dan pihak majikan untuk menjayakannya.  Ini dapat di atasi dengan memberi pendidikan kesihatan dan latihan kepada pekerja dan majikan.


a.                   Pewartaan Peraturan

Peraturan – Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989 diwartakan pada 5 Januari 1989 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1989.

b.                  Bidang Peraturan

Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989 merupakan satu peraturan yang komprehensif dan meliputi fasal berikut:

6.                  Had pendedahan kebisingan yang dibenarkan.
7.                  Pemonitoran pendedahan pekerja.
8.                  Kaedah pematuhan secara kejuruteraan, pentadbiran dan lain-lain.
9.                  Peranti perlidungan pendengaran.
10.              Program pengujian audiometrik, kaedah dan kekerapan pengujian.
11.              Maklumat dan latihan pekerja
12.              Tanda-tanda amaran
13.              Penyimpanan rekod
14.              Lain-lain.

Di antara aspek penting di dalam peraturan ialah berkenaan:

15.              Paras bertindak.
16.              Orang yang kompeten.
17.              Senyap.

i.                    Paras Bertindak

Paras bertindak ialah paras bunyi berterusan setara sebanyak 85 dB(A) atau dos kebisingan harian yang bersamaan 0.5.  Paras Bertindak penting untuk pihak majikan melakukan langkah berjaga-jaga daripada kesan buruk kebisingan kepada pekerja seperti pemonitoran pendedahan kepada kebisingan, ujian, audiometri, program latihan pekerja dan penggunaan peranti perlindungan pendengaran perlu dilakukan bagi mereka yang mengalami gangguan pendengaran.

ii.                  Orang Kompeten

Orang kompeten ialah seorang yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksaan Kilang dan Jentera untuk menjalankan permonitoran pendedahan kebisingan kepada pekerja.  Tujuan mengadakan orang kompeten adalah untuk menentukan semua permonitoran yang dilakukan adalah betul (reliable).   Orang kompeten mestilah mempunyai cukup pengetahuan mengenai:

18.              teori bunyi dan kebisingan
19.              penggunaan alat pengukuran bunyi
20.              metadologi pengukuran
21.              peruntukan peraturan kebisingan.



i.                    Senyap

Senyap diertikan sebagai tiadanya paras bunyi yang melebih 80 dB(A).  Oleh itu di dalam pengiraan dos pendedahan semua bunyi di bawah 80 dB(A) tidak akan dikira.  Di dalam melakukan ujian audiometri asas, pekerja dikehendaki berada di dalam sekitaran yang senyap sekurang-kurangnya 14 jam sebelum ujian tersebut dijalankan.


b.      Kandungan Peraturan Secara Ringkas


i.                    Permulaan

Peraturan ini dapat dipergunakan kepada semua kilang yang mempunyai pekerja yang terdedah kepada bising di tempat kerja.  Pemilik kilang hendaklah mematuhi peraturan ini manakala pekerja-pekerja perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya di dalam mematuhi semua peruntukan yang ada di dalam peraturan tersebut.

ii.             Had Pendedahan yang Dibenarkan (PEL)

Adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk menentukan tidak ad seorang pun pekerja yang terdedah kepada:

22.              paras bising yang melebihi paras bunyi berterusan setara, 90 dB(A) dalam masa 8 jam atau seperti yang dinyatakan di Jadual 1a di dalam peraturan.
23.              Paras bunyi berterusan tidak melebihi 115 dB(A) pada bila-bila masa atau
24.              Bising impuls melebihi paras tekanan puncak 140 dB.

i.                    Permonitoran Pendedahan

Pemilik kilang bertanggungjawab melakukan permonotiran paras bunyi di sekitaran tempat kerja dan pemonitoran pendedahan pekerja.  Pekerja-pekerja tidak dibenarkan terdedah ke paras bunyi seperti di dalam perenggan 3.5.2.  Pemonitoran sekitaran ini perlu diulang apabila berlaku pertukaran proses, peralatan, pengeluaran, kaedah kawalan atau personel di klang.

Keputusan pemonitoran pendedahan pekerja hendaklah diberitahu kepada pekerja di dalam masa 2 minggu selepas menerima keputusan tersebut.  Pemonitoran ini hendaklah dilakukan oleh orang kompeten dan menggunakan peralatan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa.

ii.                  Kaedah Pematuhan

Pemilik kilang hendaklah mengurangkan dan mengawal pendedahan kebisingan pekerja supaya tidak melebihi paras yang ditetapkan dengan cara:

25.              kawalan kejuruteraan semungkin yang boleh
26.              kawalan pentaedbiran, atau
27.              kedua-dua cara di atas.

Jika kaedah di atas tidak dapat mengurangkan dan mengawal pendedahan kebisingan kepada pekerja maka peranti perlindungan (palam telinga atau penutup telinga) hendaklah digunakan oleh pekerja.

i.                    Peranti Perlindungan

Pemilik mestilah menyediakan peranti perlidungan pendengaran yang:

28.              benar-benar padan dengan pekerja
29.              bersesuaian dengan jenis kerja
30.              tidak menjejaskan kesihatan pekerja.

Alat peranti perlindungan pendengaran perlu dipakai oleh pekerja yang:

31.              terdedah kepada paras kebisingan pada atau melebihi paras yang dibenarkan (PEL).
32.              Terdedah kepada paras bising melebihi paras maksima yang dibenarkan.
33.              Menerima dos kebisingan harian di antara 0.5 – 1.0 dan audiogram asas menunjukkan kecacatan pendengaran atau audiogram tahunannya terdapat anjakan ambang standard.

Pemilik dikehendaki mengadakan peranti perlindungan dan melaksanakan latihan tatacara penjagaan, pemeriksaan dan latihan penggunaan peranti pendengaran kepada pekerja.

i.                    Program Pengujian Audiometri

Pemilik hendaklah mengada dan mengendalikan program pengujian audiometri bagi semua pekerja yang terdedah kepada paras kebisingan pada atau melebihi paras bertindak.  Bagi pekerja baru, program ini mestilah dilakukan dalam tempoh 6 bulan pertama dia mula bekerja.

Ujian audiometri mestilah diulangani pada:

34.              setiap tahun bagi pekerja yang terdedah kepada paras bunyi melebihi PEL atau terdapat kecacatan pendengaran pada audiogram asas atau terdapat anjakan ambang standard pada audiogram tahunan.
35.              Setiap dua tahun untuk pekerja yang terdedah kepada paras kebisingan pada 85 dB(A) tetapi kurang dari 90 dB(A) atau dos pendedahan di anatara 0.5 – 1.0 sehari.

Program ini hendaklah dilakukan di bawah penyeliaan Pengamal Perubatan berdaftar.  Alatan yang digunakan untuk program ini mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

i.                    Maklumat dan Latihan Pekerja

Pemilik dikehendaki mengadakan program latihan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerja untuk menjayakan program perlidungan pendengaran.  Latihan ini perlu diberikan kepada pekerja yang terdedah bising pada atau melebihi paras bertindak.

Setiap pekerja hendaklah diberitahu tentang:

36.              peruntukan peraturan.
37.              Kesan kebisingan terhadap pendengaran.
38.              Tujuan peranti perlidungan pendengaran, kebaikan dan keburukkannya serta faktor pengecilan bunyi oleh berbagai-bagai jensi peranti perlindungan pendengaran.
39.              Cara pemilihan, pemadunan, penggunaan dan penjagaan peranti-peranti tersebut dan.
40.              Tujuan iaudiometri di jalankan.

Latihan ini mestilah diulangi sekurang-kurangnya setiap dua tahun.

i.                    Tanda-tanda Amaran

Tanda amaran mestilah diletakkan diletakkan di kawasan yang mempunyai paras kebisingan yang melebihi had yang dibenarkan.  Tanda amaran meliputi amaran tentang paras bunyi di tempat tersebut dan amaran memakai peranti perlidungan pendengaran sebelum memasuki tempat tersebut.

ii.                  Penyimpanan Rekod

Pemilik tempat kerja hendaklah menyimpan semua rekod pemonitoran kebisingan, rekod peribadi pekerja dan rekod ujian audiometri selagi pekerja masih bekerja di si itu dan selama tempoh 5 tahun selepas pekerja berhenti kerja.  Sekiranya berlaku pertukaran pemilik, rekod-rekod perlu diserahkan kepada pemilik baru atau diserahkan kepada Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera jika tempat kerja tersebut tidak mempunyi pemilik.  Rekod ini hendaklah disediakan apabila diminta oleh Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera.  Kebenaran daripada Ketua Pemeriksa perlu diminta sebelum memusnahkan rekod itu.

iii.                Pelbagai

Denda maksima sebanyak RM1000.  Boleh dikenakan kepada sesiapa yang disabit melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

b.                  Kesimpulan

Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989 adalah satu peraturan yang komprehensif yang berkonsepkan pengaturan sendiri (Self Regulation).  Penekannnya adalah pada kawalan kejuruteraan, pentadbiran, latihan dan pendidikan.
Adalah diharapkan dengan adanya peraturan ini insiden kemudaratan kesihatan yang disebabkan oleh kebisingan dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment